Monday, September 30, 2013

Satar Nyumnyum

 
Sata ni one of our favourite food. campuran rasa ikan, tepung, ade pedas2 sikit...pastu aroma daun pisang mmg membuatkan kami terliur...hehe..
 
Kat area lembah klang ni agak ssh jgk nk dapat sata. Klau ade pun harganye agak mahal (RM 2 utk 3 ketul) dan rasanya juga tak la sedap sgt. Jadi bile berkesempatan ke pantai timur, kami akn try jgk cari sata.
 
Kat cherating, kami jumpe sata ni... TOP SATAR. Lokasi nye tepi jalan antara cherating dengan Chenor...byk lagi gerai2 yg jual sata..tp kami berenti kat 1 kedai ni je..
 
 
 
Sata nye besar2 dan harga pun murah jgk. Rm 4 dapat 10 ketul. kira orait la tu ... compare dgn harga kat KL kn..
 

 
 
Sata ni campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid... kemudian dicucuk seperti sate gergasi dengan batang besi pemnaggang dan dipanggang atas bara api.

 
 
Cume 1 je...sata sedap dimakan masa panas2.. klo dh sejuk dh xbest....kami order 10 bijk tu kjp je abis...xdpt nk duduk lame kt situ sbb tgh rushing blk hotel..ade program lain plak pas tu..
 

Selain drpd sata ni..gerai ni ade jgk jual pelbagai keropok kering, keropok lekor pun ade...kami amik jugak sikit keropok buat bekalan nnt di KL.
 
Sape2 yg belum penah try tu...disyorkan sgt cube la rasa, x rugi pun klo rasa...at least dpt juga tau mcm mane rase makanan tradisi negeri terengganu ni.. :)
 

 

Masjid pulak runtuh di Terengganu



Mesti igt dulu2 kes Stadium runtuh di terengganu...baru2 ni ade pulak kes mesjid runtuh... lepas ni tak tau la ape yg runtuh lagi...harap2 xde la berlaku kemalangan jiwa...

Terengganu sinonim sgt dgn kes runtuh.. sampai ade yg ckp Terengganu Darul Runtuh..hai..harap pihak yg berkaitan dapat cari punca dan jalan penyelesaian untuk kes2 runtuh ni...

Sedutan drpd berita: -

KUALA TERENGGANU – Kejadian runtuhan bumbung masjid terus berlaku di negeri ini dan terbaharu, bumbung ruang solat kedua masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini pula roboh awal pagi semalam.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bahagian bumbung masjid bernilai kira-kira RM6 juta yang digunakan sejak dua tahun lalu roboh dan tidak boleh digunakan.

Kejadian runtuhan di masjid berkenaan merupakan yang ketiga berlaku di Terengganu sejak 3 Oktober 2009. Masjid berkenaan terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bumbungnya turut runtuh pada 2 Jun 2009.

Bilal masjid tersebut, Man Mat, 61, memberitahu, dia merupakan orang pertama pergi ke masjid itu pagi semalam iaitu kira-kira pukul 5 pagi dan terkejut mendapati sebahagian bumbung masjid berkenaan runtuh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!

Friday, September 27, 2013

Muhamad Qhaliff meninggal kerana tersedak susu


Petang 19 September yg lalu kami terkejut bila dgr berita pemergian adik Muhamad Qhaliff yg dikatekan meninggal di taska asuhan sekitar Wangsa Maju. Ibu bapa Qaliff, Norman & Aida bukanla org lain diorg ni jiran sebelah rumah mama, memang rapat sangat dgn diorg.

Malam tu selepas maghrib, kami  pun cepat2 bertolak ke rumah mama. Masa sampai disana lebih kurang 9 mlm, dah ramai yg datang menziarah. Tapi arwah takde, sbb diabawa ke HKL untuk bedah siasat. Kami tunggu juga sampai pukul 11 mlm tp xdpat juga menjenguk arwah. Cume sempat mengikut majlis tahlil ringkas yg diketuai oleh Hj Ismail.

Esok nya arwah telah selamat dikebumikan lebih kurang jam 10 pg. Sempat juga sama2 sembahyangkan arwah dan ikut ke kerja2 pengebumian.

Parents mana yg tak sedih dgn pemergian anak. lebih2 lg anak kecil yg masih belum tau ape2. Kami pun dapat merasai kesedihan yg dirg tanggung. Sangat2 kebetulan, kita berkongsi perkara yg sama. Kehilangan tu pasti amat terasa. Tp kita kena kuatkan semangat dan redha atas ketentuan Allah. bukan senang untuk meredakan kesedihan. Tp kita kena kuatkan hati dan kene terus sentiasa berdoa semoga percaya yg Allah maha tahu apa yg terbaik utk kita. Semua ni ujian drpd-Nya.

Bayi Muntah Darah Mati Di Pusat Asuhan (1)

Al-fatihah.. Muhamad Qhaliff Bin Muhamad Norman



Berita penuh: Berita Harian

Thursday, September 26, 2013

First Entry

September 2013, baru ada entry pertama dalam blog ni, walhal azam utk ada blog sendiri dah lama. Tu lah antara azam tahun 2013. First step, just do it, then baru la difikirkan contentnye. Harap dapat beri manfaat kepada semua.

Motivation quotes:

Pesanan drpd Bruce Lee


Google je ni =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...