10 Individu Terkaya di Malaysia |
Sumber: Berita Harian
Kuala Lumpur: Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai
dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.
Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana
Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset
bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di
tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion.
Ini kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan
10 terkaya.
Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding
kedudukan kelima tahun lalu.
Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor
Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014.
Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah
Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril
Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin.
Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di
Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan
dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya
di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73
peratus berbanding tahun lalu.
Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40
individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion.