Thursday, October 24, 2013

Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Baik


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.




4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


via : Prof. Dr. Muhaya

#Copy & Paste. Silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Apa kita nak jawab dgn Allah nanti



Tahukah anda di selangor ade 2 buah kilang arak yg amat2 besar. Sila tonton video kat bawah ni...Perkara yg sama penah terjadi pada kawan aku yg kebetulan jadi tourist guide jgk...

Same2 la kita mencegah dgn cara apa yg kita mampu. . Insyaallah


Wednesday, October 23, 2013

Banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highland

Hari ni kecoh dalam online news bercerita tentang kejadian banjir lumpur di Cameron Highland, atau lg tepat lg di Lembah Bertam, tak jauh drpd Tanah Rata.

Kalau ikut laporannya, kejadian berlaku selepas air drpd empangan berdekatan dilepaskan ke sungai kerana peningkatan paras air.

Secara tak langsung, ini menyebabkan paras air sungai naik yg mengakibatkannye melimpah ke tebing sungai dan menenggelamkan rumah2 penduduk yg ade di sekitar sungai.

*Update: Dilaporkan setakat ini, 2 mati dan seorg masih hilang.

Tuesday, October 22, 2013

Koleksi Lawak #01

Pada suatu hari sewaktu kelas Sains...


Cikgu : ok murid2, cuba terangkan kepada cikgu, apakah fungsi akar pokok pisang ??

Ali : Untuk mencari makanan cikgu (dengan bangganya)

Cikgu : bgus!!!!..sekarang giliran wani plak. apakah tugas batang pokok pisang pla??

Wani : untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu..

Cikgu : bagus wani..baiklah, sekarang biliran Abu pla, apakah fungsi daun nya pla??

Abu : emak sya cakap, untuk membungkus nasi lemak cikgu.......

Cikgu : uiiiiiiiiiii...lagi bagus....berdiri atas meja sampai abis waktu kelas....(dengan muka merah padam)

Monday, October 21, 2013

Ria Apartment Genting Highland Berhantu?

Dekat2 hujung tahun ni terlintas jgk utk menghabiskan saki baki cuti yg ada. Tp kitorg plan utk cuti dekat2 je sekitar klang valley. klo jauh2 ofcoz belanjanya pun byk. Kita bukan la orag yg kaya kn (kalau aku kayaaa..huhu).

Antara lokasi yg terpikir nk pegi ialah ke Genting Highland. Tak jauh drpd KL. lagipun rase nye dh lame tak pegi tempat2 sejuk mcm tu..ade la kot dekat2 5 tahun lepas gi genting tu..

TAPI...bila nk search for hotel atau resort utk overnite kat sane..tetiba terjumpa cerita pasal hotel tu berhantu..ni gara2 google la ni..terus seram nk gi sana dah...

yang gatal tangan pergi select pasal cerita hantu..terus keluar mcm 2 site dan blog yg cerita pasal hantu kat sana...antara yg paling menakutkan cerita dlm blog http://penpatah.blogspot.com... siap dgn gambar2 yg mmg scary je...

Satu lagi blog http://intheblackbook.blogspot.com pun cerita tentang hantu di Ria Apartment...seram je bacer cerita nye..


So..moral of the story...elakkan lah pergi sana especially overnite...tempat tu byk ade kasino dan mmg tempat org bersuka ria smpai ade yg tak igt dunia akhirat...so logic la kan kalau ade perkara2 mcm ni berlaku kat sane...

Tuesday, October 8, 2013

FOR SALE: KIA/NAZA FORTE OEM REAR LAMP


ITEM: KIA/NAZA FORTE OEM REAR LAMP

DESCRIPTION: USED FOR 2 MONTHS

FULL SET (ALL PART)

  • PRICE: RM 350


EACH PART (BODY LEFT/RIGHT, TAILGATE LEFT/RIGHT)

  • PRICE: NEGOTIABLE


CALL/SMS/WHATSAPP: 019-3168631

Harga tepung, gula bakal naik. Kerajaan kaji kurangkan subsidi.


Sumber Berita Harian.

Ayer Hitam: Keputusan melaksanakan pengurangan subsidi tepung dan gula, bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, berkata apa juga keputusan diambil adalah bagi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping kesejahteraan hidup rakyat.

Katanya, pelbagai faktor diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara dan paling utama kebajikan rakyat serta akan dilaksanakan jika dapat mengukuhkan ekonomi negara.


Jaga kestabilan ekonomi

“Sungguhpun keputusan diambil mungkin tidak popular, namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat,” katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini, semalam.

Hasan berkata, niat kerajaan hanyalah untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Hasan berkata, 101 KR1M sudah beroperasi di seluruh negara dengan 40 premis baru akan dibuka menjelang akhir tahun ini dan kementerian komited memastikan setiap kawasan Parlimen mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kemudahan kedai itu.
Hasan turut menafi dakwaan dan persepsi sesetengah pihak kononnya produk KR1M sebagai tidak berkualiti serta membahayakan pengguna, sebaliknya menegaskan semua mendapat pengesahan Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

“Sebanyak 397 produk dipasarkan KR1M termasuk 360 produk makanan, selain produk kosmetik dan kualitinya setanding produk luar, malah menjalani pengawasan ketat Kementerian Kesihatan,” katanya.

Terdahulu ketika program Sembang Pagi Koperasi di Pagoh, Hasan berkata, pihaknya menyasarkan semua koperasi di negara ini dapat menyumbang lebih RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Katanya, sehingga 31 Ogos lalu bilangan koperasi didaftarkan dengan kementerian berkenaan berjumlah 10,713 dengan anggota seramai 7.57 juta berbanding 6,084 koperasi pada 2008.

Beliau yakin sasaran itu dapat dilaksanakan kerana ia disokong jumlah saham dan modal anggota koperasi sebanyak RM12.50 bilion, selain jumlah aset RM106.9 bilion yang dimiliki setakat ini.

Wednesday, October 2, 2013

Resepi Sata

Lepas entri pasal sata sebelum ni.. tiba2 terpikir plak mcm mana agaknye process pembuatan sata ni. Setelah meng'google' jmpe la resepi dan cara2 buat sata. Sila la cube ye (walaupun mcm ssh jgk je nk buat nye,,hehe)


Bahan-bahannya:

  1. Ikan. Biasanye ikan kembung atau tamban.
  2. Gula
  3. Garam
  4. Kelapa muda
  5. Lada hitam yg telah ditumbuk
  6. Cili padi ditumbuk jugak
  7. Cili merah/kering..pun tumbuk jugak
  8. Bawang besar..tumbuk boleh, cincang pun boleh
  9. Daun kesum yg telah dicincang

Proses memasak:
  1. Asingkan isi ikan drpd tulangnya, kemudian tumbuk sampai lumat
  2. Gaul ikan td dgn bahan2 lain seingga sebati
  3. Gunakan daun pisang yg dibentuk seperti segitiga..masukkan bahan yg dah digaul td sehingga penuh..dan tutup daun tersebut
  4. gunakan kayu atau pemanggang untuk cucuk balutan sata td...
  5. lastly, letakkan sata   td atas bara api.. biarkan sehingga masak ..tp jgn la smpai hangus..
  6. Dh boleh dihidangkan. 
selamat mencuba =)

6 Pesanan Imam Ghazali


1) Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

-->  Mati

2) Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?

-->  Masa lalu

3) Apa yang paling besar di dunia ini?

-->  Nafsu

4) Apa yang paling berat di dunia ini?

-->  Amanah

5) Apa yang paling ringan di dunia ini?

-->  Tinggal solat

6) Apa yang paling tajam di dunia ini?

-->  Lidah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...